Tuesday, December 2, 2008

yang disangka

rupa-rupanya di dalam hidup ni ada banyak sangka...

ku sangka panas hingga ke petang
rupanya hujan di tengah hari

kecil jangan disangka anak
besar jangan disangka bapa

sungguh tak disangka
cempedak menjadi nangka

kisah-kisah 'lintas kembali' .....

Bendahara Tun perpatih Putih(Melaka)
lambat hadir ke istana,lalu melihat pintu istana ditutup
balik lalu membunuh diri kerana MENYANGKA
Sultan Melaka murka beliau lewat mengadap

ada pulak
mendengar guruh di langit
air di tempayan dicurahkan
kerana menyangka hari nak hujan

pun jangan lupa waspada kerana
air tenang jangan disangka tak ada buaya

begitulah punya banyak sangka-menyangka
Bunyi dan tiupan SANGKAKALA bagaimana pula?

Monday, December 1, 2008

MASJID OH MASJID

MASJID OH MASJID !!!

Ramai berkata ...........
memang dah lama niat nak ke masjid
tapi tak juga sampai-sampai.
bukan kerana apa
tak tahan duduk lamalah,
lutut sakitlah
tapak kaki sakitlah
gautlah,gitulah,ginilah dan berbagai-bagai lagi lah...

peliknya?
duduk mancing bolehlah / o.k. lah,
duduk melepak boleh jugalah!
merempet lagi pasti bolehlah,

Jadi
Kalau kena masuk neraka macam mana pulaklah?????!!!!!

Begitulah...
manusia memang suka berdalih dan mengolah
yang penting diri sendiri sahaja dapat faedah
orang lain dia punya pasal dan lantak kaulah

Aku dan kau gai manelah?
amal mungkar tak pernah sudah
yang sudah pun tak sudah-sudah

amal maaruf serta ibadah
tangguh-bertangguh berbagai helah
bila nak mula ... pastinya entah
esok -> lusa ,hari -> minggu, minggu ke bulan,bulan ke tahun
bertukar tahun bertukar hijrah
masih macam tak kisah

bukan ke masa tetap berlalu aah.....
kok sempat tua tak apalah,
pun kok sempat taubat
kok hanya taubuat...

Ada orang cakap
memang tak senang nak senang
dan tak susah nak susah

Jadi apapun
biarlah susah nak mula
asal senang nak sudah......

amin-amin ya rabbul 'alamin.

Saturday, November 29, 2008

memandai-mandai.

Renungkanlah !!!!!

Kisah 3 PAK PANDAI ....

pak 1 = PAK PANDIR
pak 2 = PAK KADUK
pak 3 = PAK ABU

Al-Kisahnya .....

PAK PANDIR = anak dipijak dagang dijunjung,
kucing dibunuh tikus dibela,
mendengar gelagak dagang,
tak sedar bertelanjang,
mendengar guruh di langit,
air di tempayan dicurahkan,.........


PAK KADUK = ayuhai malang Pak Kaduk,
ayamnya menang kampung tergadai,
ada nasi dicurahkan,
awak pulang kebuluran,
ada isteri dibunuh,
nyaris mati oleh tak makan, .............

PAK ABU = Menteri yang dengki kepada ABU NAWAS
mempengaruhi Sultan supaya memerintah
ABU NAWAS mengalih masjid ke istana.
berkatalah ABU NAWAS ...........
" Boleh! dengan syarat tolong angkatkan
masjid tersebut ke atas bahu patik".

Makluman tambahan ... PAK PANDIR dan PAK KADUK adalah "PAK MELAYU"
PAK ABU NAWAS adalah "PAK ARAB".

Jadi,siapa yang lebih pandai PAK MELAYU atau PAK ARAB?!
atau kedua-dua PAK masih tak pandai.

Jika PAK MELAYU lebih pandai !!!!!
KENAPA !!!!! ?????
PAK REMPIT MAKIN MENJADI-JADI
adakah PAK REMPIT itu pandai,jika tidak mengapa
dipanggil dengan gelaran "MAT REMPIT" bukankah
lebih sesuai panggil sahaja "MAT BODOH"!?

ATAU memang PAK MELAYU walaupun dengan bangga dan angkuh
mengaku telah +50 tahun merdaheka namun realitinya
terus malang seperti PAK KADUK , lansung TAK PANDAI
macam PAK PANDIR walaupun ada PAK PANDIR MODEN?
ATAU PANDAINYA PAK MELAYU hanya MEMANDAI-
MANDAI.
sedangkan PANDAI MELAYU sebenar pernah berkata :
"BUAT-BUAT BODOH AJE" maksud tersiratnya yang
perlu buat-buat bodoh adalah orang pandai... orang memang
bodoh tak perlu buat-buat bodoh!.
Orang bodohlah yang sering dinasihatkan jangan suka nak
memandai-mandai.

kita ni gi mana pule ye ?
agaknya tak perlulah buat-buat bodoh
kalau kita memang betul pandai seperti
"PANDAI EMAS" jadi tukang emas
"PANDAI BESI" jadi tukang buat keris
"PANDAI SOLEK" Jadi MAK ANDAM
dan berbagai-bagai PANDAI lagi termasuk "PANDAI MAKAN"
dan "PANDAI SIMPAN"!.....

TAPI LEBIH BAIKLAH BODOH DARI KALAU HANYA .........

"PANDAI TUPAI" (sedangkan sepandai-pandai tupai melompat
akhirnya jatuh ke tanah jua)
"PANDAI TIPU"
"PANDAI BOHONG"
"PANDAI PURA-PURA"
"PANDAI FITNAH"
"PANDAI AMPU/BODEK"
"PANDAI MENGANIAYA" dan 'MEMANDAI-MANDAI"

kerana akibatnya bukan hanya "KAMPUNG YANG TERGADAI"
malahan agama,bangsa dan negara akan turut hancai berkecai

Semoga dengan penuh doa' dan harapan,dengan penuh azam
dan pertanggungjawaban dan dengan penuh ketelusan dan
keikhlasan "BANGSA MELAYU" akan benar-benar
jadi "PANDAI MELAYU".

Friday, November 28, 2008

prejudis


NOTA: kepada yang bercita-cita nak jadi "the leader"..



PREJUDIS


Pada alam
ada insan,ada ibu,ada bapa
ada anak,ada murid,
ada guru,ada masyarakat
ada pemimpin,ada dipimpin

Pada masyarakat
ada mereka
berkatalah mereka:
anak itu berkereta besar,tapi..
bapanya berbasikal ke bandar
tak patut,tak patut,sangat tak patut

Pada murid ada guru
berkatalah guru:
kenapa anda lewat...hari hujan cikgu
patut memang patut

Pada guru ada pengetua
berkatalah pengetua:
bagaimana murid cikgu...malas,bodoh,
patutlah dia gagal

Di antara patut dan tak patut ada prejudis
keranamu prejudis
tak patut jadi patut
patut jadi tak patut

Disana kita pemimpin
di sini kita dipimpin
di mana pun kita
lakukanlah yang sepatutnya